Saturday, May 16, 2015

Asal Usul Rooibos & Khasiat Rooibos

Tahukah anda, rooibos merupakan sejenis pokok renek yang berasal daripada gunung Gifberg yang merupakan rangkaian cederbeg di Africa selatan. perkataan Rooibos telah di ertikan sebagai belukar merah oleh masyarakat afrika. sejak dahulu lagi, masyarakat afrikan telah menggunakan  tumbuhan rooibos sebagai makanan dan minuman kesihatan mereka kerana terdapat pelbagai khasiat yang diperolehi daripada tumbuhan tersebut.

Nama saintifik rooibos adalah Aspalathus linearis yang merupakan tumbuhanrenek mempunyai ketinggian 2m tinggi.Cabang muda tumbuhan ini berwarnakemerahan manakala daunnya berwarna hijau dan menirus seperti jarum.Panjang daun sekitar, 15-60 mm dan ketebaln 1 mm. Tumbuhan ini tidak mempunyai jerami dan tumbuh padat antara satu dengan yang lain. pada musim bunga sehingga musim panas tumbuhan ini akan mengeluarkan bunga-bunga yang berwarna kuning.tumbuhan ini juga menghasilkan buah yang berbentuk kecil dan berbiji keras.
Aspalathus linearis mempunyai nilaiekonomi yang besar. Ia pertama kali digunakan oleh orang-orang asli di kawasanCederberg dan kini merupakan teh yang sangat popular. Ia dianggap sihat kerana iabebas kafein dan anti-oksida. Ia bukan sahaja dinikmati sebagai teh herba, tetapijuga digunakan sebagai bahan dalamkosmetik, produk menguruskan badan, sebagai ejen perisa dalam membuat kek, memasak dan koktel dan juga sebagai rawatan untuk bayi yang terdedah kepadakolik. 
640px-RooibosKhasiat daripada tumbuhan ini diperolehi daripada daun tumbuhan tersebut. Punca ianya digunakan ialah  kerana pada zaman dahulu puak yang mendiami kawasan afrikan telah menggunakan daun tersebut sebagai penawar herba untuk pelbagai penyakit. Cara mempraktikkan penanaman dan penuaian ini telah berjaya menghasilkan teh yang sekaligus mengeluarkan rasa yang sungguh menakjubkan.

No comments: