Wednesday, December 7, 2016

Fakta tentang Obesiti yang Anda Perlu Tahu

  • Obesiti bererti anda mempunyai BMI 30kg/m2 atau lebih
  • Obesiti telah diklassifikasikan sebagai satu penyakit yang menyebabkan pengumpulan lemak secara berlebihan yang menimbun di dalam badan seseorang
  • Obesiti boleh mengganggu dan merosakkan organ-organ lain dalam badan dan menyebabkan masalah kesihatan yang lebih serius!
  • di kalangan golongan dewasa yang obes (14%), golongan wanita lebih cenderung menghadapi masalah kegemukan berbanding lelaki
  • Kumpulan etnik India mempunyai berat berlebihan (33.2%) diikuti oleh Melayu dan Cina.
  • Kajian kesihatan global mendapati obesity adalah pembunuh di tangga kedua selepas penggunaan tembakau
  • Kajian kesihatan mendapati obesity mengurangkan tangga usia hidup seseorang rata-rata sebanyak 7 tahun
  • Obesiti meragut 2/3 nyawa dalam tempoh sehari di seluruh dunia!

Komplikasi Masalah Obesiti

Gambarajah di atas meringkaskan komplikasi dari masalah obesity. sebab kenapa setiap anda yang membaca perlu ada kesedaran untuk mula menurunkan berat badan.
Penyakit 3 serangkai (kencing manis, darah tinggi dan jantung) semua boleh bermula dari satu sebab yang sama. OBESITI!
Obesiti bukan setakat memberi penyakit di atas tetapi ia akan turut memberi kesan kepada emosi seseorang. Ia membawa kepada tekanan, kurang kepercayaan pada diri dan kerisauan yang melampau
Penyakit obesity perlu dikawal supaya kadar peningkatan kes-kes penyakit tidak berjangkit seperti kencing manis, darah tinggi dan masalah jantung tidak terus meningkat dari semasa ke semasa. sebab itu lah pelbagai promosi oleh Kementerian Kesihatan untuk menggalakkan cara hidup sihat.
Penyakit obesity tidak seperti penyakit kencing manis atau darah tinggi yang boleh dirawat dan diberikan ubat untuk turunkan berat badan. Yang paling penting adalah cara hidup yang diamalkan oleh mereka yang obese.

Tips Penurunan Berat Badan Melalui Pemakanan
  1. Penurunan berat badan yang disarankan adalah 10% dari berat badan asal dalam masa 6 bulan
  2. Pengurangan pengambilan kalori kepada 500 hingga 1000kcal sehari anda boleh menurunkan 0.5kg seminggu
  3. Kurangkan pengambilan kalori dengan
    1. gunakan sedikit minyak dan lemak ketika memasak
    2. kurangkan penggunaan gula
    3. tingkatkan pengambilan serat seperti sayuran, buah-buahan dan hasil bijirin kerana makanan ini menyebabkan anda kenyang
    4. minum air kosong dengan banyak sekiranya mengambil makanan tinggi serat
  4. untuk turunkan berat badan saranan pengambilan diet seharian adalah 1500kkal hingga 1200kkal
Jangan Lupa Bersenam!!!!!
AMALKAN STEVIA DALAM KEHIDUPAN HARIAN ANDA
HINDARI GULA BERTUKAR KEPADA STEVIA

Hubungi zu untuk konsultasi

 TEL/SMS/WHATSAPP ; 0178870574
FB:   Zuraini Amal
like Page Zu

No comments: