Wednesday, February 24, 2016

7 info mengenai stevia

Bagi mereka yang menjaga kesihatan ataupun ingin mengurangkan berat badan, mesti sudah mengamalkan pengambilan stevia sebagai pemanis di dalam minuman atau makanan. Apakah stevia dan apa kebaikan dan adakah ia lebih baik dari gula tebu yang biasa kita makan?
Pengenalan Stevia
Stevia atau “sweet honey leaf” adalah salah satu daripada 240 spesies herba daripada keluarga bunga matahari (Astereacea). Ianya juga dikenali sebagai “POKOK GULA” banyak terdapat di kawasan subtropika dan tropika, selatan Amerika dan Amerika tengah. Namun, stevia yang biasa digunakan sebagai pemanis ialah daripada spesies rebaudiana. Spesis stevia rebaudiana bertoni dikenali sebagai daun manis, daun gula dan yang paling senang disebut adalah stevia.
Stevia Rebaudiana ini adalah herba renek yang berasal dari Paraguay. Nama saintifiknya itu bukan saja indah pada nama tetapi unik kerana khasiat daunnya yang dihasilkan boleh menggantikan gula. Rasa manis yang terhasil daripada daun tumbuhan ini dikatakan telah digunakan oleh masyarakat peribumi Paraguay dan Brazil sebagai pemanis minuman, makanan dan ubat-ubatan sejak ratusan tahun lalu. Penggunaan pertamanya direkodkan saintis, Antonio Bertoni, di Paraguay pada 1887.
  1. Daun stevia biasanya dikeringkan dan apabila anda rasa, daun itu sendiri sememangnya sudah manis.
  2. Stevia adalah lebih manis daripada gula. Meskipun bebas kalori, ekstrak tumbuhan ini adalah 200 kali lebih manis daripada jumlah yang sama gula pasir.
  3. Ya, stevia merupakan tumbuhan semulajadi, tetapi pemanis stevia yang telah dipaket dan diproses biasanya telah ditambah dengan bahan lain seperti pati glukoas yang diesktrak daripada jagung, gandum atau beras.
  4. Anda boleh menggantikan gula dengan stevia semasa membuat kek tetapi jumlah yang digunakan hendaklah lebih sedikit daripada jumlah gula tebu yang anda biasa guna kerana ianya lebih manis berbanding gula tebu. Tetapi stevia tidak boleh dikaramelkan seperti gula biasa yang dimasak.
  5. Stevia boleh dibeli di dalam bentuk pepejal dan cecair. Ia boleh didapati di dalam bentuk ekstrak dan pepejal gula seperti gua masir. Setiap jenis gula stevia mempunyai kadar kemanisan yang berbeza, jadi adalah penting untuk membaca label sebelum menggunakannya.
  6. Stevia adalah bebas kalori, tetapi itu tidak bermakna anda akan kehilangan berat badan jika anda menggantikannya dengan pengambilan gula tebu.
  7. Pokok stevia masih belum disyorkan untuk penanaman secara komersial di negara ini meskipun ia menghasilkan bahan yang lebih sihat berbanding gula. Tumbuhan itu juga dikenal pasti tidak mengandungi kalori, lemak, karbohidrat serta toksid menjadikan ia paling sesuai sebagai pemanis semula jadi menggantikan gula dan pemanis tiruan lain seperti aspartamedan sukrosa.
  8. Stevia juga telah diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai pemanis semulajadi dan sebagai bahan dalam makanan dan ianya juga telah diterima dan diluluskan oleh lebih 20 negara.
Jangan Lupa Bersenam!!!!!
AMALKAN STEVIA DALAM KEHIDUPAN HARIAN ANDA
HINDARI GULA BERTUKAR KEPADA STEVIA

Hubungi zu untuk konsultasi

 TEL/SMS/WHATSAPP ; 0178870574
FB:   Zuraini Amal
like Page Zu

10 Kelebihan & kegunaan pemanis stevia

  • APA KEUNIKAN , KELEBIHAN DAN KEGUNAAN GULA STEVIA?
  • Kenapa sekarang ini, ramai orang bertukar kepada pemanis semulajadi Stevia? Sebabnya, banyak kelebihan, manfaat dan kegunaan gula Stevia ini. Keunikan gula Stevia itu sendiri membuatkan ia jauh lebih baik berbanding gula pasir yang diperbuat daripada tebu.

  • Konsep gula Stevia ini adalah lebih manis, lebih sihat. Kalau sebelum ini, kita selalu mengatakanPahit itu Ubat dan Manis itu Penyakit. Tetapi dengan pemanis Stevia, Manis itu adalah Menyihatkan. Kenapa? Apa kelebihan Stevia?
  • 1. Stevia adalah pemanis semulajadi yang tidak mengandungi kalori dan ekstraknya dikatakan 300 – 450 kali lebih manis dari gula biasa.

  • Bahan aktif yang bertanggungjawab ke atas rasa manis pada daun stevia dikenali sebagai “Steviol Glycosides” yang mengandungi Stevioside dan Rebaudioside.
  • Bahan aktif ini stabil pada suhu tinggi sehingga 2000 degree C, nilai pH yang stabil dan tidak merangsang tindak balas glycamic (penghasilan gula) dalam badan.
  • Sangat sesuai untuk mereka yang ada kencing manis , obesiti atau ingin menghadkan pengambilan karbohidrat
  • 2. Non-fermentative iaitu bahan aktif yang stabil dan tidak akan basi
  • 3. Non-toxic, Non-mutagenic, Non-teratogenic, Non-carcinogenic (tiada kesan bahaya)- terbukti secara kajian saintifik, ia selamat digunakan pada peringkat usia.
  • Stevia mempunyai fungsi terapeutik perubatan
  • 4. Anti-hyperglycaemic –boleh menurunkan dan mengimbangi paras gula dalam darah. Sesuai untuk pesakit kencing manis dan hypoglycaemia.
  • 5. Anti-hypertensive – boleh menurunkan tekanan darah
  • 6. Anti-inflammatory –mengurangkan kesan radang
  • 7. Anti-tumor- kesan anti-oksidan boleh.mengurangkan risiko kanser
  • 8. Anti-diarrheal –merawat cirit-birit
  • 9. Diuretic – Mengawal kandungan air dalam badan
  • 10. Immunomodulatary effect – meningkatkan sistem imun kepada kuman
  • Di atas adalah 10 manfaat pemanis stevia untuk manusia. Lebih banyak kebaikan akan saya kongsikan pada artikel yang akan datang.
  • Ps: Royal Sweetener Stevia (gula stevia rcc)antara produk stevia yang terbaik di pasaran Malaysia.

  • Jangan Lupa Bersenam!!!!!
    AMALKAN STEVIA DALAM KEHIDUPAN HARIAN ANDA
    HINDARI GULA BERTUKAR KEPADA STEVIA

    Hubungi zu untuk konsultasi

     TEL/SMS/WHATSAPP ; 0178870574
    FB:   Zuraini Amal
    like Page Zu

Menu stevia RCC


Menu berkesan menurunkan berat badan tanpa stress!

STEVIA RCC sangat berkesan untuk menguruskan badan. Dengan kuasa manisnya, anda boleh menguruskan badan tanpa tekanan.

Bagaimana?

Sebelum menjawab soalan ini mari kita lihat kenapa berat badan bertambah?
Antara sebabnya ialah:
1. Sebab tak boleh ubah – keturunan.
2. Sebab boleh ubah – makanan berkalori tinggi dan lemak, kurang mengambil makanan fiber seperti sayur dan buah serta kurang bersenam.

Perlu diingat bahawa keturunan tidak dapat mengatasi sebab no 2 itu… ertinya jangan bimbang jika keturunan kita gemuk, kita masih berupaya mendapatkan berat badan unggul.

Selalunya.. untuk meninggalkan rutin makanan harian adalah suatu penderitaan. Terutama bila terpaksa meninggalkan keenakan makanan kegemaran kita. Tahukah anda bahawa sumber kalori tinggi dalam makanan kita ialah gula? Bolehkah kita tinggalkan gula dalam menu harian kita? Boleh… tapi sudah tentu kita terpaksa melawan keinginan dan ini akan menimbulkan pelbagai derita dan stress…

Nah… di sini saya ingin berkongsi bagaimana menu STEVIA RCC saya sangat berkesan dalam mencapai berat badan unggul…

Pagi… ambil sarapan seperti biasa. Namun elakkan gula/susu pekat manis/ minuman 3 in 1 termasuk milo. Minum air masak, teh o atau kopi o dengan STEVIA RCC sebagai pemanisnya. Banyak mana kalori dapat kita kurangkan? Apakah kita akan cepat lapar? Tidak! Tak percaya cubalah… orang kata boleh jadi hypoglycaemia… sebenarnya tidak.

Ambil contoh begini… dalam keadaan puasa, pernahkah kita mengalami hypoglycaemia? Sudah tentu pernah. Setiap hari kita hypo. Tapi mampukah kita bertahan sampai ke petang? Mampu! Apakah kita makan? Tidak!

Persoalannya… bagaimana rasa hypo itu hilang sedangkan kita terus berpuasa? Jawapannya ialah dari pembakaran lemak dalam tubuh menghasilkan gula menyebabkan rasa hypo itu hilang… dengan pembakaran inilah menyebabkan sebulan kita berpuasa kita mampu menurunkan berat badan sehingga 3-5 kilo…

Di situlah kata kuncinya… PEMBAKARAN LEMAK tubuh menyebabkan kita mampu menurunkan berat badan. Dengan STEVIA RCC kita mampu menggalakkan pembakaran itu dengan MENGHALANG RASA LAPAR. Minum STEVIA RCC, manisnya akan menghilangkan rasa lapar maka dengan 0 kalori di dalamnya menyebabkan pembakaran akan terus berlaku…

Jika kita ingin menurunkan berat badan dengan lebih agresif, kita tak perlu makan tengahari. Minum STEVIA RCC saja kita akan rasa kenyang… Namun jika kita mahu mengambil makanan tengahari, kurangkan kuantiti nasi dan elakkan minum minuman bergula… nak manis, titiskan saja STEVIA RCC dalam minuman meskipun di dalam air masak.

Apakah teknik ini akan menyebabkan gastrik dan tubuh akan kekurangan zat makanan? Untuk gastrik anda boleh cuba dan lihat kesannya… biasanya gastrik akan berlaku bila asid hidroklorik berkumpul di dalam perut dan menyebabkan hakisan. Namun dengan mengambil minuman dengan STEVIA RCC mampu mencairkan kandungan asid tersebut dan mengelakkan terjadinya gastrik. Bagi mengelakkan tubuh kekurangan zat makanan, maka dicadangkan mengambil vitamin.

Seterusnya elakkan makan selepas waktu maghrib. Jika kita terasa lapar kerana kebiasaan kita makan pada malam hari, ambillah buah-buahan ataupun telur (protein).

Untuk lebih sihat… jangan lupa lakukan senaman. Pembakaran lemak akan lebih cepat berlaku menyebabkan kadar penurunan berat badan lebih cepat.

Cubalah amalkan… InsyaAllah, anda akan dapati menu STEVIA RCC ini mampu membantu anda mencapai berat badan unggul yang sihat tanpa stress…

Jangan Lupa Bersenam!!!!!
AMALKAN STEVIA DALAM KEHIDUPAN HARIAN ANDA
HINDARI GULA BERTUKAR KEPADA STEVIA

Hubungi zu untuk konsultasi

 TEL/SMS/WHATSAPP ; 0178870574
FB:   Zuraini Amal
like Page Zu