Monday, April 27, 2015

Diabetes ketika hamil

 Apa khabar kepada pembaca2 setia blog zu. Nak share sikit tentang penyakit yg sering dialami ibu hamil ketika ini. Iaitu kencing manis ketika mengandung atau nama medikal nya gestational diabetes mellitus( GDM). 


Jika dahulu pemeriksaan paras gula semasa hamil dengan minum air gula dan pengabilan darah hanya dilakukan sekiranya ibu tersebut ada sejarah keluarga yg mengalami kencing manis  atau pernah mengalami kencing manis pada kehamilan yang dahulu. Tetapi sekarang menjadi routine untuk pemeriksaan pertama kali datang di PPUM, semua ibu akan disaring dengan ujian minum air gula. Kenapa yer ?sebab memang ramai sangat sekarang ibu hamil dapat kencing manis. Jom kita baca artikal di bawah

Apakah yang dimaksudkan Diabetes Mellitus semasa kehamilan?
Diabetes semasa hamil atau biasanya dipanggil sebagai Gestational Diabetes Mellitus (GDM) merupakan satu keadaan serius yang berlaku kepada wanita hamil yang sebelum ini tidak mengetahui ada menghidap diabetes, tetapi kini mempunyai paras glukosa darah yang lebih tinggi dari paras mereka yang hamil normal.

Semasa kehamilan, kesan insulin akan terganggu sedikit disebabkan oleh pelbagai hormon yang dihasilkan oleh plasenta/uri (organ yang membekalkan zat pemakanan kepada bayi melalui tali pusat) . Ini dikenali sebagai rintangan insulin. Beberapa hormon seperti estrogen, kortisol dan human placental lactogen akan mengganggu pengeluaran insulin. Plasenta anda akan membesar pada trimester kedua dan ketiga, di mana lebih banyak hormon penghalang dikeluarkan dan seterusnya menyebabkan rintangan yang lebih tinggi terhadap tindakan insulin. Semakin plasenta membesar semakin banyaklah hormon-hormon ini dihasilkan dan semakin tinggi rintangan insulin yang terjadi. Lazimnya, organ pankreas akan bertindak balas dengan menghasilkan insulin tambahan untuk menangani rintangan tersebut. Jika ia gagal maka GDM akan berlaku. Biasanya pesakit akan pulih selepas melahirkan anak. Walau bagaimanapun pesakit menghadapi risiko yang lebih tinggi untuk menghidap diabetes kemudian nanti.


Siapakah yang berisiko mengalami GDM?
Sesiapa sahaja boleh mengalami GDM semasa kehamilan. Pesakit yang sememangnya menghidapi diabetes berisiko tinggi menghidap GDM. Namun, wanita boleh menghidap GDM tanpa sebarang penyakit diabetes sebelumnya. Faktor-faktor yang berkaitan dengan kemungkinan berlakunya GDM termasuklah:
Sejarah keluarga menghidapi diabetes
- Wanita berumur (> 25 tahun)
- Berat badan yang berlebihan sebelum hamil
- Menghidap GDM ketika kehamilan yang lalu
- Mengalami masalah yang berkaitan semasa hamil seperti hipertensi, penghasilan cecair amnion berlebihan (polihidramnios), keguguran
- Pernah melahirkan bayi yang bersaiz besar (>4kg) ketika kelahiran terdahulu, lahir mati, atau bayi yang dilahirkan cacat
- Jangkitan Kandidiasis faraj yang berulang-ulang dan jangkitan kulat pada kulit


Jom kita lihat pula apakah kesannya kepada ibu dan bayi. 

KESAN PENYAKIT KENCING MANIS KEPADA IBU HAMIL

  • mudah mendapat jangkitan pada faraj
  • berisiko menghidap diabetes untuk sepanjang hidupnya
  • luka bersalin akan lambat sembuh jika menghidap kencing manis
  • berisiko bersalin secara pembedahan atau cesarean kerana saiz bayi yang terlebih besar

KESAN PENAKIT KENCING MANIS KEPADA BAYI DALAM KANDUNGAN

  • risiko bayi meninggal semasa dalam kandungan
  • kelahiran bayi secara pre-mature atau pra-matang
  • apabila bayi menjadi terlalu besar, akan mengalami kesukaran semasa bersalin
  • berisiko tinggi untuk menjadi obesiti dan menghidap kencing manis
  • masalah kesihatan selepas bersalin seperti hipoglisemia (gula rendah) dan juandice atau demam kuning
  • kecacatan kelahiran adalah lebih tinggi dalam kehamilan diabetes berbanding dengan kehamilan biasa 


TANDA ATAU SIMPTOM KENCING MANIS SEMASA HAMIL

  • ibu hamil akan terasa cepat penat dan keletihan
  • sering membuang air kecil secara sedikit
  • luka dan lebam di badan yang lambat untuk sembuh
  • dahaga yang melampau
  • rasa keinginan yang tinggi untuk memakan makanan yang manis
  • penglihatan yang kabur

Doktor akan menjalankan ujian darah Oral Glucose Tolerance Test (OGTT) ke atas anda untuk mengesan GDM sama ada semasa lawatan pertama jika anda berisiko tinggi atau pada minggu ke 24 hingga 28 kehamilan, jika risiko anda tidak begitu tinggi. Jika ujian pertama untuk wanita yang berisiko tinggi negatif, maka ujian kedua perlu dilakukan antara minggu ke 28 hingga ke 32.
Apakah ujian OGTT?

Ujian akan dijalankan selepas pesakit berpuasa semalaman dari pukul 10.00 malam sebelumnya. Sampel darah untuk menentukan paras gula dalam darah akan diambil pada awal pagi diikuti meminum glukosa (75 gm glukosa di larutkan dalam 250ml air). Ujian ini selesai apabila pengukuran paras gula dalam darah diambil 2 jam berikutnya.
Interpretasi hasil ujian
Venous plasma glucose (mmol/l)
Fasting2 hours post glucose load
Normal< 6.1< 7.8
GDM-> 7.8


Bacaan di bawah 7.8 mmol/L biasanya dianggap normal untuk ujian OGTT ini tetapi doktor mungkin akan mengulangi ujian tersebut jika anda berisiko tinggi.
RAWATAN
Rawatan untuk GDM termasuklah mengambil langkah-langkah untuk memastikan paras glukosa darah anda sentiasa berada di paras normal ketika mengandung.
Doktor akan menasihatkan anda supaya mengikuti pelan pemakanan yang sesuai dan juga meningkatkan aktiviti fizikal supaya paras glukosa darah yang tinggi dapat dikurangkan. Anda juga perlu memantau paras glukosa darah anda dengan kerap (secara ideal, 4 hingga 6 kali sehari) bagi memastikan paras glukosa darah sentiasa berada di tahap yang normal.

Sesetengah wanita yang menghidap GDM mungkin memerlukan suntikan insulin, selain daripada amalan pemakanan sihat dan bergiat aktif dalam aktiviti fizikal, untuk mencapai paras glukosa darah yang disarankan.
Ubat oral antidiabetik (OAD) secara amnya tidak disarankan ketika mengandung. Tetapi, terdapat kajian-kajian terkini yang menunjukkan bahawa sesetengah OAD adalah selamat untuk digunakan ketika hamil.
Doktor mungkin mempreskripsikan salah satu ubat-ubatan ini jika peningkatan paras glukosa darah anda tidak terlalu tinggi. 

Berita baiknya, pemantauan paras glukosa darah yang kerap di samping mengamalkan diet sihat dan kerap bersenam adalah sudah cukup untuk mengawal GDM anda sekali gus dapat mengurangkan risiko terhadap anda dan bayi. Selepas bayi anda dilahirkan dan hormon plasenta sudah tidak lagi mengalir dalam badan anda, paras glukosa dalam darah anda biasanya akan kembali ke paras normal (melainkan jika paras glukosa anda sememangnya sudah tinggi, tetapi tidak disedari, sebelum hamil). Oleh itu, anda tidak perlu berasa terlalu bimbang terhadap keadaan ini, namun begitu, anda perlu menjaga diri dengan baik dan nikmatilah kehamilan.
Jika anda memang menghidap diabetes dan bercadang untuk hamil, anda perlu berusaha untuk mengawal diabetes pada tahap optima beberapa bulan sebelum mengandung kerana paras glukosa yang tinggi semasa trimester pertama akan meningkatkan risiko kelahiran bayi cacat.
Wanita yang mengidap penyakit diabetes Jenis 1 dan Jenis 2 sebaiknya menghadiri ‘klinik penjagaan pra-hamil’ atau ‘pre-pregnancy care clinic’.;
Mengapa diet yang khusus disyorkan?
Diet seimbang yang berkhasiat amat perlu untuk mengekalkan kesihatan ibu yang sihat dan kehamilan yang berjaya. Bagi wanita yang mengalami GDM, diet yang sempurna dapat memastikan paras gula dalam darah adalah normal dan secara amnya ia adalah langkah pertama yang dilakukan sebelum menggunakan terapi insulin. Tumpukan sepenuh perhatian terhadap pengambilan kalori setiap hari dan pemilihan makanan yang betul untuk mengekalkan paras gula di dalam darah. Keperluan kalori setiap hari meningkat sebanyak 300 kalori semasa trimester kedua dan ketiga kehamilan. Jika pengambilan kalori semasa tidak hamil adalah 1800 kcal sehari dan berat badan kekal, pengambilan kalori sebanyak 2100 kalori setiap hari adalah biasa dari tempoh 14 minggu kehamilan hingga proses kelahiran. Berikut adalah pola pemakanan yang baik untuk mengekalkan paras gula yang normal di dalam darah:
  • Mengambil karbohidrat kompleks (bijirin, kekacang, peas, sayur-sayuran, dan makanan berkanji)
  • Mengambil makanan yang kaya serat (buah-buahan, sayur-sayuran, legum, roti gandum tulen, dan lain-lain).
  • Mengambil makanan yang kaya serat (buah-buahan, sayur-sayuran, legum, roti gandum tulen, dan lain-lain).
  • Memastikan diet yang rendah lemak, terutama lemak tepu (mentega, daging berlemak, krim dan lain-lain). Pilihlah hirisan nipis daging dan ayam tanpa kulit.
  • Elakkan makanan yang bergoreng.
Ikhtiar lain yg zu boleh cadangkan yang anda boleh lakukan adalah dengan amalkan minun GC Tea. Insyaallah sangat2 membantu anda.
Nak dapatkan GC TEA??

CALL/WHATSAPP ZU
0178870574

No comments: