Wednesday, February 24, 2016

7 info mengenai stevia

Bagi mereka yang menjaga kesihatan ataupun ingin mengurangkan berat badan, mesti sudah mengamalkan pengambilan stevia sebagai pemanis di dalam minuman atau makanan. Apakah stevia dan apa kebaikan dan adakah ia lebih baik dari gula tebu yang biasa kita makan?
Pengenalan Stevia
Stevia atau “sweet honey leaf” adalah salah satu daripada 240 spesies herba daripada keluarga bunga matahari (Astereacea). Ianya juga dikenali sebagai “POKOK GULA” banyak terdapat di kawasan subtropika dan tropika, selatan Amerika dan Amerika tengah. Namun, stevia yang biasa digunakan sebagai pemanis ialah daripada spesies rebaudiana. Spesis stevia rebaudiana bertoni dikenali sebagai daun manis, daun gula dan yang paling senang disebut adalah stevia.
Stevia Rebaudiana ini adalah herba renek yang berasal dari Paraguay. Nama saintifiknya itu bukan saja indah pada nama tetapi unik kerana khasiat daunnya yang dihasilkan boleh menggantikan gula. Rasa manis yang terhasil daripada daun tumbuhan ini dikatakan telah digunakan oleh masyarakat peribumi Paraguay dan Brazil sebagai pemanis minuman, makanan dan ubat-ubatan sejak ratusan tahun lalu. Penggunaan pertamanya direkodkan saintis, Antonio Bertoni, di Paraguay pada 1887.
  1. Daun stevia biasanya dikeringkan dan apabila anda rasa, daun itu sendiri sememangnya sudah manis.
  2. Stevia adalah lebih manis daripada gula. Meskipun bebas kalori, ekstrak tumbuhan ini adalah 200 kali lebih manis daripada jumlah yang sama gula pasir.
  3. Ya, stevia merupakan tumbuhan semulajadi, tetapi pemanis stevia yang telah dipaket dan diproses biasanya telah ditambah dengan bahan lain seperti pati glukoas yang diesktrak daripada jagung, gandum atau beras.
  4. Anda boleh menggantikan gula dengan stevia semasa membuat kek tetapi jumlah yang digunakan hendaklah lebih sedikit daripada jumlah gula tebu yang anda biasa guna kerana ianya lebih manis berbanding gula tebu. Tetapi stevia tidak boleh dikaramelkan seperti gula biasa yang dimasak.
  5. Stevia boleh dibeli di dalam bentuk pepejal dan cecair. Ia boleh didapati di dalam bentuk ekstrak dan pepejal gula seperti gua masir. Setiap jenis gula stevia mempunyai kadar kemanisan yang berbeza, jadi adalah penting untuk membaca label sebelum menggunakannya.
  6. Stevia adalah bebas kalori, tetapi itu tidak bermakna anda akan kehilangan berat badan jika anda menggantikannya dengan pengambilan gula tebu.
  7. Pokok stevia masih belum disyorkan untuk penanaman secara komersial di negara ini meskipun ia menghasilkan bahan yang lebih sihat berbanding gula. Tumbuhan itu juga dikenal pasti tidak mengandungi kalori, lemak, karbohidrat serta toksid menjadikan ia paling sesuai sebagai pemanis semula jadi menggantikan gula dan pemanis tiruan lain seperti aspartamedan sukrosa.
  8. Stevia juga telah diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai pemanis semulajadi dan sebagai bahan dalam makanan dan ianya juga telah diterima dan diluluskan oleh lebih 20 negara.
Jangan Lupa Bersenam!!!!!
AMALKAN STEVIA DALAM KEHIDUPAN HARIAN ANDA
HINDARI GULA BERTUKAR KEPADA STEVIA

Hubungi zu untuk konsultasi

 TEL/SMS/WHATSAPP ; 0178870574
FB:   Zuraini Amal
like Page Zu

No comments: