Friday, May 22, 2015

khasiat Daun Pudina

Assalamualaikum.  Daun pudina adalah sejenis herba yang berbau segar dan selalu digunakan pada masakan2 terutama masakan India + Malaysia iaitu Baryani ayam + daging + kari. Tanpa daun pudina masakan seakan terasa kurang power. Lagi2 untuk mereka yang gemar menggunakannya sebagai pemanis mulut dan sebagainya.


Daun pudina juga bukan saja hebat dipergunakan untuk masakan tetapi sebalik baik untuk mereka yang gemar berdiet + menjaga kesihatan diri luar dan dalam. Tahukah kita bahawa daun pudina juga sangat baik untuk anak2 kecil meminumnya?

KEBAIKKAN DAUN PUDINA

  • Membantu saluran pencernaan. Jika terkena cirit birit atau  sakit perutboleh ambil jus pudina untuk rawatan
  • Membantu bertindak menjadi penyejuk kepada kulit + membantu dalam masalah kegatalan kulit
  • Membantu mengurangkan sindrom usus + membersihkan perut + menghilangkan masalah kulit seperti jerawat = minum teh pudina ( resipi disertakan dibawah)
  • Membantu dalam menghapuskan toksin dari badan
  • Membantu dalam pemutihan gigi + memerangi nafas berbau = hancurkan daun pudina dan gosok terus ke gigi. 
  • Menjadi pembersih yang sangat baik untuk darah kita

CARA PENYEDIAAN TEH PUDINA + JUS PUDINA

  • Mengambil jus pudina merawat cirit birit + sakit perut + membersihkan usus
  • Teh pudina = Rendam teh uncang + beberapa helai daun pudina dengan air panas = hidangkan dalam gelas dengan ais kiub + gula. Menyegarkan badan terutama mata mengantuk.
  • Jus pudina = Blend 15 helai daun pudina + segelas air masak atau mineral. Tapis dan ambil jus saja. Tambahkan ais kiub + gula = Siap diminum. Untuk anak2 hidangkan tanpa ais kiub. Bagus untuk mereka yang ingin berdiet.

No comments: