Monday, December 19, 2016

APAKAH YG DIMAKSUDKAN TEKANAN DARAH TINGGI

Assalamualaikum & selamat pagi. Alhamdulillah kita masih lagi dapat menghirup udara segar di muka bumi ini. Zu suka nak share info masa pagi-pagi , idea datang bertalu nak tulis blog. 


Hari ni zu nak kongsi salah satu penyakit yg biasa kita dengar dan majoriti rakyat malaysia mengalaminya iaitu tekanan darah tinggi. Kita kategorikan penyakit kronik tidak berjangkit. 
Kita biasa dengar penyakit ni, tetapi adakah anda faham bagaimana ia berlaku. Biasa bila anda atau mak ayah anda pergi klinik dan di diagnoskan tekanan darah tinggi doktor akan beri 1 bacaan  contoh 180/90mmhg. Tapi anda tak faham apa kaitan bacaan tu dengan daah tinggi anda. 
Dan ramai yang tidak faham bahaya tekanan darah tinggi, sebab tu ramai dikalangan kita hanya ambil sikap sambil lewa.  
Ok jom kita baca petikan dibawah dengan in anda dapat sedikit info dan faham sedikit apa yang dimaksudkan tekanan darah tinggi dan cara- cara mengurangkan dan mengelakkan dari anda mendapat penyakit tersebut.

1. Tekanan Darah Tinggi / Hypertensi
Jantung anda bertugas sebagai alat mengepam dimana ia
 menguncup dan berehat. Aktiviti ini menghasilkan tekanan yang membawa darah keseluruh badan. Tekanan darah ini berbeza bagi setiap seseorang individu dan bacaannya juga berbeza. Hypertensi atau Tekanan darah tinggi adalah penyakit dalam diam yang mengakibatkan banyak komplikasi dan juga kematian jika tidak dirawat.  

  • Di Malaysia, Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan II menunjukan peratus kejadian penyakit ini adalah 24%.
  • Lebih 2,800,000 rakyat Malaysia  mempunyai tekanan darah tinggi. Malangnya 80% tidak menyedarinya. Ia merupakan pembunuh No.1 di Malaysia. (Persatuan Hipertensi Malaysia, 16 Sept 2008)
  • Kira-kira 4.8 juta orang atau 43 peratus daripada rakyat Malaysia yang berusia 30 tahun ke atas menghidapi hipertensi (darah tinggi). (The National Health and Morbidity Survey, Jan 2010)

2. Bacaan Tekanan Darah

Jantung anda bekerja seperti sebuah pam yang mengecut dan rehat. Tekanan darah diukur dalam dua bacaan contohnya 140/75
  • Tekanan sistolik-nombor yang diatas (dalam contoh ini 140)
➡ Tekanan darah sistolik ↔ jantung anda ketika ini sedang menguncup dan sedang mengepam darah ke paru-paru dan ke seluruh badan anda.
  • Tekanan diastolik- nombor yang bawah (dalam contoh ini 75)
➡Tekanan darah diastolik ↔ tekanan darah semasa jantung anda sedang berehat atau mengembang. Ketika ini jantung anda sedang sedang diisi semula dengan darah.

Jadual dibawah adalah bacaan normal dan tidak normal bacaam tekanan darah
 Kategori Sistolik
 Diastolik
 Normal < 120 And < 80
 Pra Hypertensi 120- 139 or 80 - 89
 Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 1 140 - 159 or 90 - 99
 Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 2 > 160 or > 100
*bacaan tekanan darah normal bergantung kepada umur. Untuk kanak-kanak ada perbezaan dari segi bacaan tekanan darah

 

3. Penyebab-penyebab Tekanan Darah Tinggi

Penyebab hypertensi selalunya tidak diketahui walaupun selepas pemeriksaan doktor.Walau bagaimanapun hypertensi boleh disebabkan oleh:
  • Cara hidup tidak aktif
  • Umur melebihi 35 tahun
  • Kegemukan
  • Paras kolesterol tinggi
  • Faktor keturunan & Sejarah keluarga
  • Pengambilan alkohol yang berlebihan & merokok
  • Pengambilan garam yang tinggi
  • Ubatan seperti steroid, ubat antiradang bukan steroid 
  • Penyakit buah pinggang

 

4. Tanda dan Gejala Tekanan Darah Tinggi

  • Pengidap Hypertensi/Darah Tinggi kebanyakkannya tidak mengalami sebarang gejala
  • Kadang-kadang seseorang itu hanya mengalami gejala yang tidak spesifik seperti sakit kepala atau pening kepala
  • Sakit kepala boleh berlaku dalam kes Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi. Selalunya ianya berlaku di waktu pagi, bahagian belakang kepala dan rasa berdenyut (bergantung kepada tahap keterukan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi)
  • Untuk memastikan atau mengesahkan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi, sila periksa tekanan darah anda di klinik berhampiran. Doktor anda akan menasihatkan berapa kerap anda perlu memeriksa tekanan darah.
Peringatan, jangan tunggu sehingga gejala timbul kerana ia mungkin telah terlambat.

 

5. Komplikasi Tekanan Darah Tinggi

  • Otak: Serangan Stroke/Angin Ahmar atau Stroke ringan dan sementara (Transient Ischaemic Attack)
  • Penyakit jantung seperti : Kegagalan jantung, serangan jantung dan kematian disebabkan oleh Coronary Heart Disease, Congestive Heart Failure & Left Ventricular Hypertrophy.
  • Komplikasi pada mata: Perdarahan dan kerosakan kepada kawasan yang sensitif dalam mata (Hypertensive Retinopathy)
  • Komplikasi pada buah pinggang: Kegagalan fungsi buah pinggang (paras serum kreatinin tinggi, Microalbuminuria, Proteinuria).
  • Peripheral vascular disease seperti: Aneurysm, Kehilangan satu atau lebih denyut nadi & pembuluh darah menjadi keras.

 

6. Rawatan Hypertensive / Darah Tinggi


Tanpa menggunakan ubatan:
  • Perlu mengubah amalan cara hidup anda
  • Amalkan permakanan sihat
  • Kurangkan pengambilan garam dan kolesterol
  • Melakukan senaman berkala
  • Kurangkan berat badan jika berlebihan
  • Atasi tekanan secara berkesan
  • Berhenti merokok

 Kategori tekanan darah normal/optima
  • Galakkan amalan Gaya Hidup Sihat .
  • Dapatkan nasihat untuk berhenti merokok, pemakanan sihat dan aktiviti fizikal yang bersesuaian. 

Pra Hypertensi 
  • Amalkan gaya hidup sihat
  • Dapatkan nasihat untuk berhenti merokok, pemakanan dan aktiviti fizikal yang bersesuaian.
  • Periksa semula tekanan darah anda dalam masa setahun

 Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 1 
  • Rawatan tanpa ubatan adalah rawatan utama
  • Anda perlu mengubahsuai gaya hidup
  • Amalkan pemakanan sihat
    • Kurangkan pengambilan garam dan kolesterol dalam makanan
  • Lakukan aktiviti fizikal yang teratur
  • Kurangkan berat badan jika berlebihan
  • Atasi tekanan secara berkesan
  • Berhenti merokok
  • Periksa semula tekanan darah anda mengesahkan tiada Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi
  • Jika anda disahkan mengidap Hypertensive/Darah Tinggi, sila ikut nasihat yang diarahkan
  • Dapatkan keterangan lanjut berkaitan Hypertesion/Tekanan darah tinggi

Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 2
Gabungan rawatan tanpa ubatan beserta pemberian ubatan diperlukan bagi merawat Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 2
  • Amalkan gaya hidup sihat
  • Berhenti merokok
  • Mematuhi pengambilan ubat dan rawatan susulan
  • Prevent and treat complications early
  • Pengesanan komplikasi terutamanya :
    • Jantung
    • Ginjal
    • Mata
  • Dapatkan keterangan lanjut berkaitan Hypertesion/Tekanan darah tinggi 
  *Sebahagian besar maklumat diambil dari website KKM 

Banyak info diatas mengaiktkan kita dengan gaya hidup seseorang. Kalau nak cegah dan rawat darah tinggi  gaya hidup adalah sangat penting. Kita adalah apa yang kita makan. Apa yang kita makan hari-hari itu lah apa anda akan jadi. Penyakit tu kita yang cari sendiri, jika anda setuju dengan kenyataan zu.
Zu nak tekankan disini gaya pemakanan kita yang paling buruk adalah amalan pemakanan kita dengan mengamalkan pengambilan gula putih yang keterlaluan. Tahukah anda TEKANAN DARAH TINGGI ADA KAITAN DENGAN GULA? 

Gambar diatas zu dapat dari majalah pengguna pulau pinang.

Nanti zu akan beri lagi informasi kaitan gula dan darah tinggi. 
Jom kita cuba ubah gaya hidu kita kepada yang lebih sihat. Perlu sentiasa bersenam dan tukar cara pemakanan kita

Zu dah tukar gaya pemakanan seharian keluarga zu hampir 80% dari gula putih ke stevia.
Anda bila lagi?
Jangan Lupa Bersenam!!!!!
AMALKAN STEVIA DALAM KEHIDUPAN HARIAN ANDA
HINDARI GULA BERTUKAR KEPADA STEVIA

Hubungi zu untuk konsultasi

 TEL/SMS/WHATSAPP ; 0178870574
FB:   Zuraini Amal
like Page Zu

No comments: