Monday, December 21, 2015

Belanja Besar Untuk rawat Diabetes.


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua sahabat.
Harap semuanya sihat-sihat yer.

"Pernah dengar tak ayat mencegah lebih baik dari mengubat"
Pernahkan... apa maksud dari pepatah tu.? Lebih baik kita mencegah dari kene sesuatu penyakit sebelum kita dapat penyakit tersebut. Paling sinonim di mlayasia nie adalah penyakit diabetes. 
kalau kita tak amalkan gaya  pemakanan yang sihat kita akan mudah mendapat obesiti & diabetes.
Bila dah dapat diabetes, kos rawatan nya sangat la mahal. Perlu beli insulin, glicometer dan strip glucose test. Maintenence tiap2 bulan menjagkau rm 200-rm 300 sebulan. 
Kalau setahun brp agak2 nyer dan kalau sepanjang hayat. sangat mahal. tu belum kos jumpa dr setiap bulan. Kalau klinik kesihatan & hospital kerajaan mungkin anda akan dapat murah atau FREE.. Tapi mesti ramai yang malas kan bersesak2 jadi alternatif lain pergi swasta, agak-agak berapa rm terbang?


Biasanya memang macam tu kesedaran sangat lambat. Makan ikut suka tak jaga makan, bila kita tegur depa kata makan la puas2 selagi kita hidup. Islam suruh kita jaga kesihatan jaga amanah yang Allah beri. Bagaimana kita lahir kedunia sempurna cukup segala2 nya begitula juga  sepatutnya bila kita meninggal. Tapi bila dah mengidap diabetes yang kronik kemungkinan akan ada kehilangan anggota jika tidak dikawal. untuk jangka masa panjang diabetes yang tidak terkawal ini membawa   lebih ramai rakyat Malaysia terdedah kepada risiko yang menjerumuskan mereka kepada penyakit lain seperti arteri koronari, strok, buta dan kegagalan ginjal.
Pernahkak anda dengar tentang GC TEA ? 
 Apa itu GCTea ?
๐Ÿ“ Glucos Cut Tea atau Teh Potong Gula
 Apa kandungan dalam GCTea ?
๐Ÿ“ GREEN TEA
๐Ÿ“ DAUN MULBERRY
๐Ÿ“ DAUN PAPPERMINT
๐Ÿ“ DAUN STEVIA
๐Ÿ“ DAUN GYMNEMA
๐Ÿ“ ROOIBOS
 Apa Khasiat GCTea ?
๐Ÿ“ Green Tea :
Tindakan EGCG di dalam Green Tea menghalang tindakan enzim yang dipanggil alpha-amylased yang memecahkan karbohidrat kepada gula.
Green Tea juga adalah agen antioksidan terbaik meningkatkan metabolisma badan dan mengurangkan stress.
๐Ÿ“Daun Mulberry :
Menghalang penguraian gula / sukrosa di dalam usus lantas menghalang penyerapan glukosa ke dalam darah.
๐Ÿ“ Daun Peppermint :
Menenangkan dan menghilangkan stress.
๐Ÿ“ Daun Stevia :
Merupakan pemanis semulajadi.
Tiada kalori dan tiada gula.
Mengawal gula di dalam darah.
Meningkatkan fungsi pankreas.
Pemanis terbaik bagi pesakit diabetis.
๐Ÿ“ Daun Gymnema :
Menyelaputi reseptor rasa dan menghalang pengaktifan molekul gula di dalam makanan.
Menghindar daripada ketagihan gula.
Menghalang penyerapan gula dan karbo di dalam usus.
๐Ÿ“ Rooibos :
Meransang pankreas beta-sel untuk merembeskan insulin untuk menukarkan gula kepada tenaga secara semulajadi.
 Siapa yang digalakan untuk mengamalkan GCTea ?
๐Ÿ“Pesakit diabetis
๐Ÿ“Pesakit darah tinggi
๐Ÿ“Tinggi kolestrol
๐Ÿ“Awet muda
๐Ÿ“Pesakit Jantung
๐Ÿ“ Apa itu GCTea ?
๐Ÿ“ Glucos Cut Tea atau Teh Potong Gula
 Apa kandungan dalam GCTea ?
๐Ÿ“ GREEN TEA
๐Ÿ“ DAUN MULBERRY
๐Ÿ“ DAUN PAPPERMINT
๐Ÿ“ DAUN STEVIA
๐Ÿ“ DAUN GYMNEMA
๐Ÿ“ ROOIBOS
 Apa Khasiat GCTea ?
๐Ÿ“ Green Tea :
Tindakan EGCG di dalam Green Tea menghalang tindakan enzim yang dipanggil alpha-amylased yang memecahkan karbohidrat kepada gula.
Green Tea juga adalah agen antioksidan terbaik meningkatkan metabolisma badan dan mengurangkan stress.
๐Ÿ“Daun Mulberry :
Menghalang penguraian gula / sukrosa di dalam usus lantas menghalang penyerapan glukosa ke dalam darah.
๐Ÿ“ Daun Peppermint :
Menenangkan dan menghilangkan stress.
๐Ÿ“ Daun Stevia :
Merupakan pemanis semulajadi.
Tiada kalori dan tiada gula.
Mengawal gula di dalam darah.
Meningkatkan fungsi pankreas.
Pemanis terbaik bagi pesakit diabetis.
๐Ÿ“ Daun Gymnema :
Menyelaputi reseptor rasa dan menghalang pengaktifan molekul gula di dalam makanan.
Menghindar daripada ketagihan gula.
Menghalang penyerapan gula dan karbo di dalam usus.
๐Ÿ“ Rooibos :
Meransang pankreas beta-sel untuk merembeskan insulin untuk menukarkan gula kepada tenaga secara semulajadi.
 Siapa yang digalakan untuk mengamalkan GCTea ?
๐Ÿ“Pesakit diabetis
๐Ÿ“Pesakit darah tinggi
๐Ÿ“Tinggi kolestrol
๐Ÿ“Awet muda
๐Ÿ“Pesakit Jantung
๐Ÿ“Membantu pesakit stroke
๐Ÿ“Masalah penyakit kulit
๐Ÿ“Kegemukan
๐Ÿ“Menjadikan GCTea sebagai minuman kesihatan harian
๐Ÿ“Mengurangkam risiko penyakit kronik pesakit stroke
๐Ÿ“Masalah penyakit kulit
๐Ÿ“Kegemukan
๐Ÿ“Menjadikan GCTea sebagai minuman kesihatan harian
๐Ÿ“Mengurangkan risiko penyakit kronik
Hubungi/whatsapp
0178870574



. Dah banyak testimoni paras gula terkawal setelah minum gc tea, malah ada kesan seawal 3 hari. NAk baca lagi testimoni klik DISINI
 Nak dapatkan GC Tea??






Sunday, December 20, 2015

MENJUAL ATAU MARKETING? MANA SATU PILIHAN ANDA

Assalamualaikum & selamat sejahtera buat sahabat.
Hari ni azam baru nak rajin update status kat dalam blog ni segala apa aktiviti zu dengan rashwealth.
Blog ni pun dah lama bersawang kan?

Nak share sikit semalam punyer cerita, tak sempat nak update semalam sebab projek mengemas rumah. semalam 20/12/15 , Zu menghadiri kelas FON.. tapi lupe lah ape maksud FON hi..hi.. lebih kurang kelas marketing online. Cara2 nak menjual dan beriklan dalam FB.. cara2 nak buat duit katdalam FB.

Pertama kali pergi kelas dalam rashwealth setelah join salama 8 bulan.. fuh lame tak.. tak pernah pg kelas.. Ngape? terkejut? Lek la.. tak pernah pergi kelas pun tapi dah dapat bonus sampai RM 800 tau. Ko hado... ha..ha.. walaupun tak pernah ke kelas tapi kemi ade group FB, group telegram & group whatsapp dan boleh berdiskusi dlm tu tentang ape jer..  dan boleh tanye ape2 jer.. Ha.. agak2 kalau zu rajin ke kelas tiap2  minggu brp income zu boleh dapat?

Okeh back to the story...
Ape yang zu belajar?
jom kite rewind balik.....
Yang PERTAMA kita perlu ada tujuan dan matlamat mengape kita nak join bisness dalam rashwealth ni.
Nak menjual atau marketing. sejujurnya zu lebih sukamenjual dari marketing. Walau pun untung runcitnye takde la banyak sangat. lagi sekarang GC TEA dah buat pelarasan harga. Harga ahli RM 127.20 sekotak dan harga runcit RM 150.00. Sebab jual produk ni lebih mesra dengan customer dan dapat membantu ramai orang terutama dengan masalah diabetes. Tapi sambil jual gctea, kalau ade yg nak  harga murah zu suruh jer jadi ahli..dapat sponsor ahli dah dapat bonus. RM 80  tu, siape nak bagi kan kalau bulan tu dapat sponsor 10 orang, rm 80x100 =rm800 campur pairing rm 200 kan dah rm 1000 bonus bulan tu.... jadi ni kan salah satu marketing gak... pada zu dua2 kene berjalan seiring.. sebab kalau networking sahaja tu bukan perniagaan.. perniagaan perlu ade produk.
Pilihan di tangan anda.

yg ke 2  yg ditekankan dalam kelas adalah anda perlu ada kedai. uiii mahal tu nak sewa kedai kan? mau sebulan 2-3 k bergantung lokasi yang kita pilih. Al jangan risau... nak buka kedai FREE senang jer. Page FB la.... jangan lupa creat page anda. Ni page zu jangan lupa yer singgah cuci2 mata
Kedai Glucose Cut Tea.

Dan yg ke 3 FB ADD... yang ni jangan main2 yer... kalau takde ilmu jangan pandai2 ber FB ADD... kalau tak bisness kemane... duit beriklan habi beribu2... yang kaya siapa?? MARK tu jugak yg kaye raye... kite makin melingkup. Ok.. tu jer setakat ni, harap perkongsian berguna yer... pss nak tunjuk sikit gambar2 sepanjang satu hari tu... tak banyak.. kalau duk berselfie jer bile lak nak tuntut ilmu kan...


BERGAMBAR BERSAMA SIFU SAIFUL PENCERAMAH  FB FON

MY LEADER MUNIRAH

MENUNTUT ILMU BERSAMA


Nak dapatkan gc tea atau produk rashwealth yang lain??
 boleh whatsapp zu 0178870574
ATAU
pm zu https://m.facebook.com/messages/thread/305003513014075

nanti zu update produk2 terbaru rashwealth yang baru launching awal bulan 12.




Thursday, December 10, 2015

Cara anda mengawal diabetes


Perubahan Cara Hidup
Perubahan cara hidup mampu mengelakkan kencing manis dan mengawal tahap gula dalam darah. Pesakit kencing manis dinasihatkan mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan dan mengawal kencing manis dengan melakukan beberapa perkara seperti di bawah.
  • Pemakanan

  • Pemakanan berkarbohidrat dan gula seharusnya dikurangkan supaya pengambilan kadar kalori pada sesehari itu terkawal. Berbincanglah dengan doktor atau pakar pemakanan untuk cara diet yang terkawal.
  • Senaman

  • Senaman penting untuk membantu mengurangkan berat badan dan juga menambahkan kesihatan jantung dan paru-paru (kardiorespiratori). Senaman perlu dimulakan secara beransur-ansur dan dengan nasihat doktor.
  • Penjagaan berat badan

  • Pesakit yang mempunyai berat badan berlebihan akan mendapati tahap gula dalam badan sukar dikawal. Terdapat pesakit yang boleh menghentikan ubat kencing manis apabila berat badan dapat dikawal.
  • Pemeriksaan diri sendiri


  • Pesakit kencing manis dinasihatkan membuat pemeriksaan sendiri terutamanya pada jari dan kaki yang kebas untuk tanda luka atau jangkitan kerana deria rasa sakit berkurangan. Ini membolehkan rawatan awal agar jangkitan tidak merebak.
Pemeriksaan Doktor dan Ubat

Pemeriksaan oleh doktor untuk memastikan kadar gula dalam darah mesti dilakukan secara berterusan. Ini membolehkan penghidap kencing manis memastikan bahawa tahap gula dalam darah adalah terkawal. Dianggarkan bagi setiap 1 peratus pengurangan kadar ujian darah A1 C, mampu menurunkan masalah berkaitan kencing manis sebanyak 40 peratus. Penjagaan anggota kaki dan tangan mampu mengurangkan kes anggota badan perlu dipotong disebabkan oleh komplikasi jangkitan sebanyak 45 hingga 85 peratus.

Kekerapan membuang air kecil boleh disebabkan oleh beberapa faktor seperti:
- Kencing manis yang tidak terkawal dan tahap gula tinggi dalam darah
- Jangkitan kuman atau kencing kotor
- Kerosakan buah pinggang
- Masalah pundi kencing sama ada gangguan saraf atau masalah pundi kencing seperti pundi kencing yang terlalu aktif, disyorkan agar berjumpa doktor untuk pemeniksaan selanjutnya.

Wednesday, August 19, 2015

Kesan Buruk Akibat Kencing Manis

 
Penyakit kencing manis juga dikenali sebagai diabetes mellitus. Penyakit ini ialah suatu keadaan yang mana terdapatnya ketiadaan atau kekurangan penghasilan insulin, atau badan bersifat rintang terhadap insulin. Insulin ialah suatu hormon yang dihasilkan oleh pankreas. Insulin berfungsi untuk meningkatkan penyimpanan karbohidrat, lemak dan protein. Ia bertanggungjawab untuk proses glikogenesis, iaitu penukaran glukosa kepada glikogen dalam hati dan otot. Insulin juga menyebabkan lipogenesis, iaitu pembentukan trigliserida dan lemak. Ia juga menghalang pemecahan lemak dan meningkatkan penghasilan glukosa dalam hati.

 
Penyakit kencing manis juga boleh dikelaskan kepada: 

Diabetes Primer
Jenis I (IDDM) 


Jenis ini dikenali sebagai Diabetes Mellitus Bergantung Insulin kerana insulin yang dihasilkan oleh badan adalah sangat rendah dan tidak mencukupi untuk keperluan badan. Bentuk ini lebih kerap ditemui dalam kanak-kanak dan remaja. Hanya 10% daripada pesakit kencing manis yang berusia lebih daripada enam puluh lima tahun menghidapi penyakit kencing manis jenis ini. Keadaan ini boleh dirawat dengan pengawalan pemakanan dan melalui suntikan insulin. 

Jenis II (NIDDM) 

Jenis ini juga juga dikenali sebagai Diabetes Mellitus Tak Bergantung Insulin. 90% daripada kes penyakit kencing manis tergolong dalam jenis ini. Dalam Diabetes Jenis II, pankreas menghasilkan insulin yang tidak mencukupi. Ia biasanya berlaku dalam orang yang berusia lebih daripada 40 tahun. Sebilangan besar pesakit (lebih kurang 85%) adalah gemuk. Keadaan ini biasanya bersifat keturunan. Rawatan biasanya terdiri daripada pengawalan pemakanan sahaja atau pengawalan pemakanan dan pengambilan ubat. Sesetengah pesakit juga memerlukan suntikan insulin. 

Diabetes Sekunder

Penyakit kencing manis ini disebabkan oleh penyakit pankreas yang lain, peningkatan permintaan terhadap fungsi pankreas yang tidak normal, seperti dalam penyakit kencing manis semasa mengandung, dan yang disebabkan oleh ubat dan toksin. Lebih kurang 20 hingga 25% wanita yang mengalami diabetes gestasi, atau penyakit kencing manis semasa mengandung, akan mengalami penyakit kencing manis apabila usia mereka telah meningkat. Rawatan bagi diabetes gestasi adalah melalui pengawalan pemakanan sahaja atau pengawalan pemakanan dan pengambilan ubat.

Simptom / Gejala
 
Simptom-simptom yang paling biasa ialah:
v Kerap membuang air kencing
v Sentiasa berasa dahaga
v Selera makan meningkat
v Letih
v Hilang berat badan
v Jangkitan kulit yang kerap, misalnya jangkitan kulat pada kawasan kemaluan
v Luka yang lambat sembuh
v Kadang-kadang penglihatan menjadi kabur




Kebanyakan orang mempunyai satu atau lebih simptom tetapi ada orang yang tidak mempunyai sebarang simptom.



Rawatan
Penyakit kencing manis biasanya ia merupakan suatu penyakit seumur hidup. Tujuan rawatan untuk penyakit kencing manis ialah untuk melegakan simptom dan mengembalikan paras gula darah kepada paras normal dan untuk mencegah komplikasi. Penyakit kencing manis yang dibiarkan tanpa kawalan akan menyebabkan kerosakan buah pinggang, mata, kaki dan kulit. Cara mengawal penyakit kencing manis termasuklah pemakanan, penjagaan berat badan, senaman dan ubat. 
Pemakanan

Pengawalan pemakanan adalah penting untuk mengawal diabetes. Pemakanan yang betul bukan setakat mengelakkan makanan dan minuman yang manis sahaja.

v Pesakit kencing manis harus makan 3 kali sehari setiap hari pada masa yang
    ditetapkan. Pesakit tidak patut tertinggal masa makan.
v Makanan yang mengandungi kandungan fiber yang tinggi seperti roti jagung, mi, 
    oat, biskut kraker yang tidak dimaniskan, chickpea, lentil dan sayur-sayuran harus
    diambil.
v Makanan yang mengandungi kandungan gula yang tinggi, misalnya gula yang telah 
    diproses, coklat dan madu harus dielakkan.
v Pengambilan lemak tepu harus dikekalkan pada paras minimum kerana
    peningkatan pengambilan lemak akan meningkatkan risiko serangan penyakit 
    jantung. Elakkan daripada 
    menggorengmakanan, sebaliknya, pangganglah makanan anda.
v Pengambilan garam dan makanan yang masin harus dikurangkan. Elakkan 
    makanan seperti kerepek dan kacang tanah.
v Makanan pesakit kencing manis harus dirancang terlebih dahulu. Makanan haruslah
    seimbang dan kandungan kalori dalam makanan haruslah tetap. Ini bertujuan untuk
    memastikan terdapat beban glukosa yang tetap untuk dikendalikan oleh badan.
v Pengambilan kalori yang terkawal adalah baik untuk mengekalkan berat badan yang
    normal.
v Pengambilan alkohol perlu dikekalkan pada paras minimum atau dielakkan kerana 
    alkohol akan mengubah paras glukosa darah.


Pesakit kencing manis harus mengamalkan pemakanan yang seimbang. Mereka boleh memakan makanan yang dimakan oleh seisi keluarga, tetapi dalam jumlah yang sederhana, dan mengelakkan gula-gula dan makanan manis yang lain. Mereka tidak perlu membeli ‘makanan diabetes’ yang khas kerana makanan ini adalah mahal dan tidak membawa banyak manfaat. Selain itu, terdapat formula nutrisi yang khas untuk pesakit kencing manis yang tidak dapat mematuhi gaya pemakanan yang disyorkan. Walau bagaimanapun, adalah penting untuk mengingat bahawa pemakanan yang sihat ialah kunci kepada diet seorang pesakit kencing manis.
Senaman
Lebih kurang 50% daripada pesakit kencing manis dengan diabetes jenis II mempunyai berat badan yang terlalu tinggi. Adalah penting untuk mengekalkan berat badan yang ideal dengan senaman yang konsisten. Senaman membolehkan insulin untuk bertindak dengan lebih baik dan mengekalkan badan yang cergas dan pesakit menjadi lebih sihat. Senaman yang ideal bagi pesakit kencing manis harus dirancang selepas berjumpa dengan doktor, supaya komplikasi seperti hipoglisemia (kurang gula darah) dapat dielakkan. Berundinglah dengan doktor yang merawat pesakit itu sebelum memulakan sebarang program senaman. 
Insulin
Insulin ialah ubat pilihan bagi diabetes jenis I. Insulin mula dihasilkan untuk rawatan penyakit kencing manis pada tahun 1921. Pada masa itu, bentuk insulin yang ada cuma jenis bovin (daripada lembu) dan porsin (daripada khinzir). Kini, terdapat bentuk sintetik yang serupa dengan insulin yang dihasilkan dalam badan. Insulin ini dihasilkan daripada yis dan bakteria. Insulin hanya diberikan melalui suntikan kerana ia boleh dimusnahkan dalam perut jika diberi melalui mulut. Doktor akan menentukan jenis ubat yang perlu diambil. Sekiranya insulin diberikan, doktor akan merancang program rawatan yang khas untuk setiap pesakit. Pengkelasan insulin adalah berdasarkan:
v Masa mula tindak (ia berkaitan dengan kelajuan serapan insulin ke dalam aliran 
    darah). 
v Kesan puncak. Masa insulin mencapai kesan maksimum. 
v Jangka masa tindak. Tempoh masa insulin bertindak. 
Tablet anti-diabetes
Tablet ini tidak mengandungi insulin tetapi mengandungi ubat yang merangsang pankreas untuk menghasilkan lebih banyak insulin, atau membantu sel untuk menggunakan insulin yang sedia ada dengan lebih berkesan. Selepas mula mengambil ubat, doktor harus diberitahu sekiranya terdapat sebarang kesan samping seperti serangan paras gula darah rendah, cirit-birit atau ruam. Terdapat beberapa kelas ubat anti-diabetes, iaitu:
v Sulfonilurea – ubat ini merangsang pankreas untuk menghasilkan lebih banyak
     insulin. Misalnya chlorpropamide, glibenclamide, glipizide.v Ubat lain yang merangsang pengeluaran insulin – ubat ini seperti repaglinide
     merangsang pankreas untuk menghasilkan insulin tetapi adalah terutamanya 
     berkesan untuk mencegah paras glukosa yang tinggi selepas makan kerana ubat 
     ini bertindak dengan cepat dan dimetabolismakan dengan cepat.
v Biguanid – ubat ini mengurangkan penghasilan glukosa dalam hati dan juga 
     menjadikan tisu lebih sensitif terhadap insulin, contohnya metformin. 
v Thiazolidinedion – ubat ini meningkatkan sensitiviti insulin dengan mengaktifkan
     gen-gen tertentu yang terlibat dalam pembentukan lemak dan metabolisma
     karbohidrat. Misalnya, troglitazone, rosiglitazone 
v Perencat alfa-glukosaidase – ubat ini mengurangkan penyerapan glukosa dalam 
     usus kecil. Misalnya acarbose.
Hipoglisemia
Hipoglisemia atau serangan akibat paras glukosa darah yang rendah boleh berlaku ketika menjalani rawatan penyakit kencing manis. Keadaan ini biasanya berlaku kerana:
v Makan terlalu sedikit. 
v Masa makan yang tidak tetap.
v Terlalu banyak insulin atau ubat anti-diabetes
v Tidak mengambil makanan yang mencukupi sebelum bersenam atau senaman yang terlalu
     berat.
v Penyakit misalnya cirit-birit
Penyesuaian pada rawatan dibuat adalah amat bergantung kepada gaya hidup pesakit. Ini adalah bertujuan untuk mengelakkan paras glukosa darah daripada jatuh sehingga di bawah paras normal dan mencetuskan serangan hipoglisemia.
Simptom
Simptom hipoglisemia adalah:
v Kurang tumpuan atau pemikiran yang keliru
v Mudah marah
v Pening 
v Loya dan lemah 
v Berpeluh, pucat dan kulit yang sejuk
v Penglihatan yang kabur
Rawatan ialah pengambilan gula dalam bentuk tablet glukosa, gula-gula atau minuman manis melalui mulut dengan serta-merta. Masa pemulihan biasanya adalah amat cepat. Walau bagaimanapun, sekiranya simptom itu masih ada, pesakit harus dibawa ke hospital dengan cepat untuk rawatan secepat mungkin.

Komplikasi
Semua bentuk diabetes, jika tidak dikawal, boleh mengakibatkan komplikasi yang melibatkan beberapa organ dan bahagian tubuh. Antara komplikasi yang paling teruk adalah komplikasi yang melibatkan buah pinggang, mata dan salur darah. Adakalanya, pengesanan awal adalah sukar kerana sesetengah komplikasi tidak mempunyai simptom yang nyata pada tahap awal.
Komplikasi Kesan akhir
Retinopati Penglihatan yang terjejas dan boleh mengakibatkan mata menjadi buta. Neuropati Kerosakan saraf yang boleh menyebabkan rasa sakit atau kehilangan deria pada tangan dan kaki. Komplikasi mungkin memerlukan amputasi (pemotongan) kaki. Pergerakan salur pencernaan terganggu dan boleh menyebabkan cirit-birit dan/atau sembelit. Nefropati Penyakit buah pinggang yang boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang dan kematian awal. Kecederaan salur darah besar Kecederaan ini boleh mengakibatkan serangan jantung, strok atau kekurangan bekalan darah ke anggota bawah. Adalah sangat penting untuk mengawal penyakit kencing manis. Seseorang pesakit kencing manis boleh mengalami lebih daripada satu komplikasi sekiranya penyakitnya tidak dikawal untuk jangka masa yang lama.

Pengawalan paras glukosa darah
Dalam pesakit kencing manis, pemantauan berkala paras glukosa darah adalah penting, kerana ini akan menunjukkan sama ada rawatan adalah mencukupi atau perlu diperbetulkan.Paras glukosa darah selepas berpuasa bagi orang yang tidak menghidapi penyakit kencing manis adalah di antara 4 dan 6.6 mmol glukosa per liter. Walau bagaimanapun, paras sehingga 7.8 mmol/L adalah paras yang boleh diterima. Paras glukosa darah pos-prandial (selepas makan) sehingga 10 mmol/L adalah paras yang boleh diterima. Paras di bawah 4 mmol/L menunjukkan paras glukosa darah yang rendah. Dengan nilai yang begitu rendah, biasanya simptom hipoglisemia hadir pada orang itu. Ujian toleransi glukosa boleh dilakukan setelah mengukur paras glukosa darah selepas berpuasa. Ujian darah dilakukan 2 jam selepas meminum suatu larutan glukosa yang pekat. Dalam orang yang normal, terdapat peningkatan glukosa darah pada mulanya dan paras ini akan kembali menjadi normal dalam masa 2 jam. Dalam pesakit kencing manis, terdapat peningkatan yang tinggi pada mulanya dan paras ini kekal tinggi (11.1 mmol/L atau lebih) selepas 2 jam. Satu ujian lain yang boleh dilakukan ialah pengukuran HBA1c atau ‘ujian hemoglobin terglikosilat’. Ujian ini menunjukkan paras glukosa darah bagi 6 hingga 8 minggu sebelum ujian itu dilakukan. Ia memberikan petunjuk bagi kawalan penyakit kencing manis bagi tempoh masa yang lebih lama berbanding dengan paras glukosa darah yang hanya memberikan petunjuk bagi kawalan penyakit kencing manis pada masa ujian.

Pemantauan glukosa darah
Paras glukosa dalam badan boleh ditentukan melalui ujian air kencing. Walau bagaimanapun, ujian darah memberikan nilai yang lebih tepat. Paras glukosa darah boleh diuji di rumah dengan menggunakan meter glukosa darah yang mudah. Doktor atau ahli farmasi anda boleh dihubungi bagi mendapatkan nasihat mengenai jenis meter dan cara menggunakan meter tersebut. Ujian glukosa darah adalah sangat mudah. Pesakit kencing manis disyorkan untuk menguji darah mereka secara berkala 2-3 kali seminggu atau pada bila-bila masa pesakit mengalami simptom hipoglisemia. Bacaan harus direkodkan dan ditunjukkan kepada doktor semasa lawatan ke klinik yang seterusnya. Sekiranya pada bila-bila masa didapati bahawa bacaan adalah terlalu tinggi atau terlalu rendah, pesakit harus berjumpa dengan doktor yang akan memberikan nasihat mengenai cara-cara untuk mengekalkan paras glukosa darah di dalam had normal dengan membetulkan ubat, diet atau program senaman.

Keperluan penjagaan diri pesakit kencing manis
Pesakit kencing manis perlu mengikuti diet yang dirancang khas dan program senaman serta mengambil ubat yang diberikan mengikut masa. Selain itu, disebabkan pesakit kencing manis mudah mendapat komplikasi tertentu, mereka harus mengambil langkah berjaga-jaga. Tumpuan khas harus diberikan kepada kawasan yang paling bermasalah iaitu kulit, kaki, mata dan gigi.

Penjagaan kulit
Pesakit kencing manis perlu menjaga kulit mereka dengan baik kerana mereka mudah mendapat jangkitan kulit. Mereka haruslah sentiasa menjaga kebersihan kulit. Luka kecil atau calar sahaja pun perlu diberikan tumpuan segera dan dirujuk kepada doktor sekiranya tidak pulih. Langkah-langkah yang perlu diambil adalah:
v Gunakan agen pembersih yang bersifat asid, dengan pH 5.5. Ini memastikan fungsi 
     perlindungan kulit yang semula jadi dikekalkan.
v Agen pembersih perlulah lembut, kerana agen pembersih yang kuat akan menyebabkan
     iritasi kulit. 
v Gunakan air suam untuk mencuci. 
v Agen pembersih yang beralkali haruslah dielakkan, terutamanya jika kulit adalah gatal atau
     terdapat inflamasi.
v Elakkan daripada menggaru kulit kerana kulit yang pecah akan menggalakkan jangkitan. 
v Semasa mandi, berikan tumpuan kepada kawasan ketiak, kemaluan dan kelengkang, 
     lipatan kulit dan kawasan di antara jari kaki.
v Selepas mandi, elakkan kekeringan kulit dan gunakan losen pelembap untuk mengekalkan
     kelembapan kulit. 
Penjagaan kaki
Pesakit kencing manis harus menjaga kaki mereka dengan baik kerana mereka mungkin tidak merasai sebarang luka atau ulser disebabkan oleh kekurangan deria di kawasan itu.
v Pesakit kencing manis harus membersihkan kaki mereka setiap hari dan mengeringkan 
     kaki dengan sempurna, khususnya kawasan di antara jari kaki.
v Bagi kekeringan kulit, pesakit kencing manis haruslah membubuhkan sedikit krim
     pelembap. 
v Kuku jari kaki harus dipotong lurus untuk mengelakkan kecederaan kepada kulit. 
v Kasut haruslah selesa dan tidak terlalu ketat. Pesakit kencing manis haruslah memastikan
     bahagian dalam kasut bebas daripada sebarang gerigit atau objek kecil sebelum memakai 
     kasut.
v Kaki haruslah diperiksa setiap hari bagi luka, calar atau ulser.
v Jangan membubuh sebarang agen kimia pada kaki seperti plaster ketuat atau pembuang 
     kalus (kulit tebal pada kaki) 

kerana bahan-bahan ini mengandungi asid yang boleh menyebabkan iritasi kulit yang seterusnya boleh menyebabkan ulser. 
Penjagaan mata
Penyakit mata seperti katarak, glaukoma dan kebutaan akibat retinopati adalah lebih kerap berlaku dalam pesakit kencing manis. Terdapat kejadian katarak yang lebih tinggi di kalangan pesakit kencing manis dan perkembangan penyakit adalah lebih cepat. Glaukoma, yang juga biasa berlaku pada pesakit kencing manis, harus didiagnos awal. Rawatan cepat dapat meminimakan kerosakan pada saraf optik dan kehilangan penglihatan. Salah satu daripada penyebab utama kebutaan dalam pesakit kencing manis ialah retinopati. Semakin lama seseorang pesakit menghidapi penyakit kencing manis, dan terutamanya jika tidak dirawat dengan betul atau dikawal, risiko retinopati diabetik meningkat.

Pesakit kencing manis haruslah:-
v Pergi menjalani pemeriksaan kesihatan setiap tahun. 
v Memeriksa tekanan darah secara berkala.
v Berjumpa dengan pakar mata sekiranya terdapat sebarang masalah penglihatan.

Penjagaan dental (gigi)
Pesakit kencing manis harus berjumpa dengan doktor gigi sekali setiap enam bulan. Sebarang luka atau lesi dalam mulut termasuklah penyakit gusi harus dikenalpasti dan rawatan harus diberi dengan cepat. Sebaik sahaja seseorang didapati menghidapi penyakit kencing manis, dia seharusnya mengubah gaya hidupnya dan lebih bertanggungjawab terhadap kesihatan dirinya.

Monday, July 27, 2015

8 FAKTA TENTANG DIABETES

Anda pasti selalu dengar  tentang diabetes. Namun belum tentu Anda mengetahui dengan jelas seperti apa penyakit diabetes itu, kecuali
mereka yang telah mengalaminya. 
Sekali Anda terkena diabetes, maka Anda akan memilikinya seumur hidup.

Diabetes masih belum ada penawarnya dari sudut perubatan , DIABETES hanya boleh DIKAWAL dengan gaya hidup dan cara pemakanan yang sihat. 
DIABETES akan mengubah hidup seseorang dan akan menyebabkan mereka yg menghidapinya berhati-hati mengenai makanan yang merekabmakan & kegiatan yang dilakukan. Bahkan kanak-kanak dan remaja juga boleh mengalami penyakit DIABETES.

Berikut adalah beberapa fakta penting yang harus diketahui mengenai penyakit diabetes, ditulis oleh Mag for Woman.

1. Ramai yang tidak mengetahui bahawa mereka mengalami diabetes
Banyak orang yang tak menyadari bahawa mereka berisiko tinggi terkena diabetes dan hanya  mengetahuinya apabila penyakit diabetes mereka sudah teruk. Jika Anda mempunyai risiko diabetes tinggi, samada gaya pemakanan yang tak sihat, gaya hidup tak sihat, atau faktor keturunan,  anda sepatutnya lebih berhati-hati. Buat pemeriksaan paras gula anda setiap dua bulan sekali untuk melihat paras gula darah dalam badan. Lebih baik mencegah sebelum terlanjur terkena diabetes.

2. Dibetes boleh menyebabkan buta & penyakit jantung
Jika lambat menerima rawatan boleh menyebabkan buta dan juga penyakit jantung. Mata yang sudah terkena glaukoma tak akan kembali normal, begitu juga dengan penyakit jantung. Seeloknya anda perlu membuat pemeriksaan doktor seperti yg diarahkan doktor agar diabetes untuk mengelakkan sebarang komplikasi yang disebabkan oleh diabetes.

3. Hati-hati dengan luka terbuka
Jika Anda menderita diabetes, hati-hati dengan luka terbuka. Luka akan lebih lama sembuh dan menutup pada pasien diabetes. Ini akan memperbesar kemungkinan luka terinfeksi, terutama pada bagian kaki dan tumit. Bersihkan kaki dengan hati-hati dan selalu gunakan alas kaki.

4. Diabetes yang disebabkan obesitas bisa diatasi dengan operasi
Jika diabetes yang Anda alami disebabkan oleh obesitas, maka ada cara untuk mengontrol gula darah Anda, yaitu dengan melakukan operasi bariatrik. Namun sebelum melakukannya sebaiknya konsultasikan dulu dengan dokter, karena operasi ini juga memiliki efek samping dan risiko komplikasi sendiri.

5. Diabetes tipe-2 biasanya tidak menunjukkan gejala
Diabetes tipe-2 seringkali tidak menunjukkan adanya gejala. Hal ini yang membuat orang tak tahu mereka berisiko dan terkena diabetes hingga terlambat. Pada diabetes tipe-2, Anda akan menemukan gejala seperti sering buang air kecil dan mudah lelah. Namun untuk mengetahui diabetes tipe-2, Anda harus melakukan tes secara teratur.

6. Diabetes akibat hamil bisa bertahan hingga bayi lahir
Ketika hamil, wanita lebih rentan untuk mengalami diabetes yang disebut dengan gestational diabetes. Biasanya ini terjadi ketika wanita yang tak memiliki diabetes tiba-tiba mengalami peningkatan gula darah saat hamil. Diabetes jenis ini bisa sembuh dan hilang setelah bayi lahir, namun tak menutup kemungkinan juga masih terus berlanjut setelah bayi lahir. Jika Anda mengalaminya, jangan lengah. Terus terapkan gaya hidup sehat dan pola makan yang sehat setiap hari.

Mengetahui fakta-fakta tentang diabetes di atas akan membuat Anda semakin memahami seputar penyakit diabetes. Mencegah terkena penyakit ini jauh lebih baik daripada mencoba mengobatinya. Jika Anda sudah memiliki risiko tinggi karena garis keturunan, sebaiknya periksakan diri secara teratur.